Fruity Cherry Heart

BAHAN PENGAJARAN


























SAYA ANAK MALAYSIA
Azizul Hasni Awang merupakan anak kelahiran Dungun, berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam sukan berbasikal. Ibarat mendapat berkat apabila basikal yang dibeli hasil simpanan duit raya membawa tuah buat AzizulHasni Awang kerana dengan basikal itu dia berjaya meraih pelbagai kemenangan ketika mula-mula menyertai lumba basikal. Malah basikal yang dibeli dengan harga RM500 itu bukannya basikal baru sebaliknya basikal terpakai dan pernah digunakan oleh seorang bekas pelumba.
Menurut beliau, pada masa mula-mula menyertai acara berbasikal, dia sekadar menggunakan basikal bukit biasa yang biasa digunakan untuk ke sekolah dan basikal itu juga pemberian bapa kerana saya mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagaimanapun kerana mahu meneruskan minat dalam perlumbaan, dia membeli basikal terpakai daripada seorang kawan dengan mengeluarkan duit raya simpanannya sendiri.
Bermula dari situ, bakatnya terus menyinar dan dikembangkan oleh jurulatihnya. Rozimi Omar. Dia membawa Azizul ke Kuala Lumpur untuk mencuba acara trek pada tahun lalu. Dalam aksi pertama kalinya di veledrom, dia berjaya mendapat tempat kedua. Pencapaian cemerlangnya itu sekali gus menarik perhatian jurulatih Russia Nicole Kletsevof untuk diserapkan dalam skuad remaja kebangsaan.

           Di bawah bimbingan Kletsevof, Azizul menyerlah di peringkat antarabangsa dan kerana usaha yang begitu bersungguh-sungguh membolehkan beliau diberi anugerah khas semangat juang ketika menyertai Tour De Korea Junior beberapa bulan lalu. “Saya menjadikan Josiah Ng sebagai idola dan menyimpan hasrat menjadi seorang pelumba yang lebih baik daripada dia pada masa akan datang.


IMBUHAN AWALAN
·       berjaya
·       meraih
·       terpakai
·       mendapat
·       menyinar
·       membawa
·       mencuba
·       mendapat
·       menyerlah
·       menjadi

ARAHAN : Guru meminta murid membina ayat berdasarkan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks secara lisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan